cukup", jawab Steven. "Sekarang, mari balik ke kelab untuk beritahu Warren dan Quinn berita ini".
Dean duduk di atap gereja itu dan senyum pada mereka bertiga semasa meninggalkan gereja itu. Dia sudah berikan Steven bantuan yang perlu tapi jampi ketenangan yang diberikan pada gadis itu tidak akan kekal lama. Dia boleh rasa kegelapan di bawah bangunan itu mula tersebar semasa langsuir-langsuir keluar dari terowong itu.
Tidak seperti mereka dari malam kelmarin, mereka ini dikawal sesuatu yang lebih gelap, lebih jahat, dari yang Dean pernah jumpa.
Dean berkerut mushkil kenapa dia tidak rasainya semasa membersihkan kumpulan pertama yang tinggal di situ. Kawalan ini sangat tua dan amat berkuasa. Secepat dia rasainya, kegelapan itu hilang dan cuma kehadiran langsuir-langsuir sahaja yang tinggal.
Maklaikat yang jatuh masuk semula ke gereja untuk menyiasat orang tua itu dan pastikan dia keluar masih hidup.
Bab 4
Trevor dan Kat mengesan langsuir itu di tengah bandar.
"Apa yang dia buat?" bisik Kat, mula curiga.
"Nampak macam dia membeli belah", jawab Trevor bila langsuir itu berhenti di tingkap kedai dan melihat ke dalam tingkap gelap itu.
Langsuir ini muda, tidak sampai lapan belas dari rupanya. Dia berambut hitam lurus dan memakai kacamata bulat. Dengan rambutnya disikat ke belakang, dia nampak segak kecuali kulitnya yang pucat.
Mereka berdua mempercepatkan jalan bila langsuir itu tiba-tiba berpusing dari tingkap itu dan sambung berjalan di jalan. Walaupun kedai semua tutup, kaki lima sibuk malam itu.
Mereka terjumpa tubuh mangsa terakhir langsuir itu terbaring di laman yang kemas. Dengan deria bau yang tajam, mereka dapat mencari penghisap darah itu bila ia sampai di Rodeo Drive. Dari situ, Trevor terpaksa menahan Kat dan menasihatnya bahawa terlalu ramai orang di sekitar situ untuk mereka mengejarnya tergesa-gesa.
Sekarang, mereka di situ, mengikut langsuir dengan kaki dan keduanya tiada keinginan berbual. Selepas itu mereka naik bas bandar tidak kisah destinasinya. Akhirnya, langsuir itu tarik loceng untuk turun. Kat dan Trevor sambung ke perhentian seterusnya dan turun sebelum menyambung mengejarnya. Langsuir itu terus berjalan dan Kat menyeringai geram.
"Saya mula fikir langsuir ini ambil dadah. Kita hampir buat pusingan penuh", dia komplen. "Kita cuma beberapa blok dari kelab".
"Itu dia pergi!" teriak Trevor dan lari ke lorong langsuir itu ghaib.
Kasut Trevor menciut bila berhenti di mulut lorong itu dan meninjau ke dalam. Kat berdiri di sebelahnya, menunduk sedikit supaya mereka berdua boleh meninjau di bucu itu.
"Cilaka", Trevor menyumpah dan keluarkan 9mm nya.
"Saya tidak faham kenapa kamu bawa pistol", kata Kat walaupun dia tahu Nick pun bawa satu. Ia bukan pistol itu yang Nick bergantung... ianya peluru istimewa yang di dalamnya. "Benda itu tiada guna ke atas langsuir".
Trevor tersengeh, "Kamu lupa saya kerja dengan siapa. Peluru ini direka untuk pecah selepas tembus dan tengahnya dikosongkan dan diisi sedikit asid muriatik. Itu akan makan semuanya dari dalam".
"Kenapa asid itu tidak makan peluru?" tanya Kat, mencungkil rahsia untuk merasuah Nick.
"Ada bekas di dalam peluru yang dikosongkan yang asid itu tidak boleh makan. Saya terlupa ianya bahan apa sekarang", jelas Trevor. "Ianya cukup kuat untuk tidak dimakan asid itu tapi boleh pecah bila terkena impak".
Kat perlahan-lahan berdiri tegak, "Mari kita masuk?".
Trevor memegang erat pistolnya dan masuk dahulu, diikuti Kat yang memegang pisau-pisau tajam di kedua tangannya; terimakasih pada Trevor. Mereka memeriksa keseluruhan lorong itu sebelum sedar langsuir itu sudah hilang.
Trevor merehatkan diri dan menurunkan senjata. "Dia hilang!".
Kat melepaskan keluhan hampa, "Baiklah, sebab kita sudah dekat, baik kita balik ke kelab".
"Walaupun suka mempermainkan kamu berdua yang bodoh malam ini", suara berkata di belakang mereka. "Saya mesti jemput kamu makan malam".
Kat dan Trevor berpusing ke suara itu dan kaku bila melihat langsuir yang mereka cari dengan lima yang lain.
"Anak haram ini tahu kita mengintainya", Trevor menyeringai dan naikkan pistolnya dan bersedia.
Dengan dinding di tiga sisi dan langsuir-langsuir di hadapan mereka, Kat tahu dia dan Trevor terpaksa melawan untuk keluar dari situ. Dia melutut rendah bila langsuir-langsuir itu datang dekat. Seorang berambut merah menyala melompat berharap memerangkap mereka, dari belakang.
Kat tiba-tiba menolak dirinya ke atas dan bergelut dengan langsuir itu di tengah lompatannya. Kuku tajamnya walaupun tidak berubah tapi ia bersedia. Mereka jatuh ke tanah dengan langsuir itu di bawah di atas belakangnya.
Penghisap darah itu memegang pergelangan kanannya kuat, dia rasa tulangnya terkehel dengan sakit. Tergamam kesakitan, dia menepis pergelangannya ke bawah, menikam pergelangan langsuir itu sebagai balasan. Membebaskan dirinya, Kat tidak teragak menusuk tangan kanannya ke dada raksaksa itu dan mencabut jantungnya.
Trevor mengacu dan menembak langsuir yang diburu mereka sepanjang malam ini. Peluru itu kena tekaknya dan, untuk seketika, dia cuma menjeling pada Trevor dengan riak tidak percaya dan mencakar tekaknya itu. Jeritannya terkedu bila asid yang terlepas dari peluru terkena kotak suaranya.
Trevor tidak nampak apa berlaku selepas itu kerana diserang tiba-tiba oleh seorang lagi langsuir. Badannya terpelanting ke dinding lorong dan jatuh ke tanah. Pistol 9mm nya tercampak semasa dia cuba tidak mengira bintang di visinya. Lagi satu langsuir merapatinya bila Trevor rasa sesuatu di kakinya. Melihat ke bawah, dia nampak kepala langsuir yang ditembak tadi dan mencapainya.
Mengangkat kepala yang terputus itu pada rambutnya, Trevor membaling benda yang masih dimakan asid itu ke penghisap darah yang meluru padanya. Makhluk itu mengelak dan menyeringai padanya, bersedia untuk menerkamnya. Sesuatu berkilat terbang dalam visinya dan Trevor nampak satu pisau panjang tertikam di dada langsuir itu. Menoleh kepalanya, Trevor lihat Kat berdiri di situ kusut berdarah.
"Jaga-jaga!" jerit Trevor.
Kat mengangkat pisaunya yang lagi satu dan tersentap bila langsuir itu memegang tangannya dan menjunamkan pisau itu dalam lingkungan, terus ke atas pehanya. Kesakitan itu cukup untuknya bertenaga menolak langsuir itu jauh. Dia tersungkur ke belakang pada Trevor dan berjaya mencabut pisau itu dari pehanya. Cecair suam keluar dan membasahi kakinya.
Trevor tahu sesuatu mesti dilakukan. Mereka berdua cedera sekarang. Dia boleh rasa sakit di rusuk dan bahunya yang terhempas ke dinding dan susah bernafas. Melihat Kat, yang berdiri melindung di hadapannya, dia fikirkan langkah seterusnya.
Dia perlu berubah ke suatu yang cukup besar dan kuat untuk melawan mereka dan berjaya. Masalahnya jika dia berubah, dia akan menunjukkan Kat naluri semulajadinya. Bakanya tidak pernah berbaik dengan kumpulan perubah yang lain disebabkan kelainannya. Mereka boleh bercampur baur dengan mana-mana kumpulan dan tidak dapat dikesan, kadang kala berdekad lamanya. Mereka senjata utuh dalam peperangan.
Disebabkan itu, apa bentuk haiwan dia pilih akan menjadi sepuluh kali lebih kuat dari musuhnya. Dalam bentuk manusia peraturan yang sama digunakan, tapi ianya tidak banyak membantu masa ini. Tapi, kalau dia tidak berubah, mereka akan musnah.
Tiba-tiba Kat menjatuhkan senjatanya dan melutut. Disebabkan kecederaannya, perubahannya beberapa saat lambat dari biasa. Badannya berubah sehingga dia berdiri atas empat kaki. Pakaiannya tertanggal dari badannya dan bulu cantik kelabu dan hitam bertompok mengambil tempat pakaiannya.
Satu dari langsuir yang tinggal menyerang dan Kat bangkit dari kaki belakangnya, menerjah dan memegangnya seperti bergusti. Kukunya mencengkam bahu makhluk itu dan taringnya tersingai. Tanpa berfikir, Trevor pilih masa itu untuk berubah bentuk.
Dua langsuir yang tinggal berdesir marah bila manusia yang mahu diserang berubah ke beruang Kodiak. Trevor mencakar tangan besarnya ke langsuir terdekat dan mengoyak separuh badannya terputus, meninggalkan kaki yang jatuh tidak bernyawa. Tahu langsuir itu